Sistem Pembentungan Bersambung
Bagi pelanggan yang menerima perkhidmatan ini, selalunya terdapat satu ruang kecil di luar rumah mereka, sama ada di tepi, hadapan atau belakang. Ruang pemeriksaan ini mempunyai penutup logam bersegi empat tepat dan digunakan untuk memeriksa paip pembetung persendirian sekiranya terdapat masalah paip pembetungan tersumbat.
Ruang pemeriksaan tidak perlu dikosongkan. Ia berbeza daripada tangki septik individu kerana tangki septik individu mempunyai dua atau empat penutup yang terletak sebaris atau bersebelahan di antara satu sama yang lain.
Premis yang mempunyai sistem pembetungan bersambung ke loji pada lazimnya mempunyai satu "ruang pemeriksaan" yang ditutupi dengan satu penutup logam bersegi empat tepat. Ia biasanya terletak di luar kawasan premis sama ada di hadapan, belakang atau tepi premis. Di dalam ruang pemeriksaan adalah saliran paip daripada tandas, bilik-bilik mandi dan dapur yang disambungkan ke loji olahan kumbahan melalui saliran paip pembetungan awam bawah tanah. Sekiranya saliran paip tersumbat, pemeriksaan dan pengeluaran sekatan dijalankan melalui ruang pemeriksaan ini.
Walau bagaimanapun, premis jenis banglo pada lazimnya akan mempunyai lebih daripada satu ruang pemeriksaan bergantung kepada jumlah tandas, bilik mandi dan dapur di dalam premis. Jika premis mempunyai 5 tandas dan satu dapur, maka di luar kawasan premis akan mempunyai 6 ruang pemeriksaan dan bukan satu ruang pemeriksaan sahaja. Sering kali, pemilik rumah jenis banglo beranggapan bahawa ruang-ruang pemeriksaan ini adalah tangki septik. (Tangki septik adalah dibina sebaris serta sekelompok dan tidak terletak di merata tempat di dalam kawasan rumah).
Satu lagi kekeliruan yang sering berlaku di kalangan pengguna adalah perbezaan di antara saliran paip dalaman atau persendirian dan awam. Ramai pengguna tidak tahu bahawa saliran paip dari ruang pemeriksaan ke saliran paip pembetungan awam atau lurang pembetungan awam adalah saliran paip persendirian milik dan tanggungjawab pengguna untuk membaiki dan mengganti paip-paip yang pecah atau mengeluarkan sekatan atas perbelanjaan sendiri.
Kawasan yang mempunyai sistem pembetungan bersambung akan mempunyai "lurang pembetungan" di sepanjang jalan awam dan ditutupi dengan penutup logam bulat. Di dalam lurang pembetungan, sedalam 3 meter sehingga 6 meter, terdapat saliran paip pembetungan bawah tanah dari premis-premis ke tapak loji olahan kumbahan. Apabila terdapat saliran paip tersumbat, kerja-kerja pemeriksaan dan pengeluaran sekatan akan dilakukan melalui lurang pembetungan menggunakan vakum berkuasa tinggi dan pancutan air tekanan tinggi.
Gambar lurang pembentung
Sumber iwk
1 comments:
Ini adalah jawapan saya selepas menimbang teliti komen di atas:
Ya, saya seorang individu terhadap PLC dan JKRS (senjata utamanya) - Saya bersetuju. Tetapi saya tidak boleh melihat bagaimana saya boleh terhadap seluruh negeri dan CM.
Negeri ini terdiri daripada anda, saya, cm, JKRS, rakyat Sabah yang lain dan lain-lain (PLC dikecualikan kerana ia tidak Sabah berdasarkan). Aduan saya tidak menentang kerajaan tetapi kepada PLC dan orang-orang yang diamanahkan untuk mengurus hal ehwal JKRS. Persoalan penting ialah sama ada aduan saya adalah wajar. Jika tidak saya berdiri diperbetulkan dan akan bersyukur untuk ditunjukkan kesilapan cara saya. Jika dibenarkan maka ia adalah persoalan sama ada ia perlu dinaikkan.
Only today have I learned that anyone can read my posts in any language they want. Just click and change the language.The above is a sample of what I have translated in my blog on Sewerage. www.seweragescam.com
Post a Comment